Khamis, 13 Ogos 2020

PENGALAMAN AMBIL LESEN MOTOSIKAL B2


Assalamualaikum

Kali ni aku nak share kat korang pengalaman aku ambil lesen motosikal B2. Sepertimana yang kita semua sedia maklum umur 16 tahun keatas dah boleh buat lesen kenderaan. Kini umur aku dah 20 tahun jarak jauh gak baru nak start disebabkan beberapa faktor yang aku utamakan terlebih dahulu. Mana taknya tamat sahaja tingkatan 5 aku terus apply kerja kat supermarket selama 3 bulan lepas tu rezeki aku lah dapat panggilan untuk sambung belajar. Masa di IPTS aku tak perlu risau sangat bila nak pergi kelas atau nak balik hostel sebabnya bas dah disediakan untuk kami student. Jadi Alhamdulillah la..Bila sekarang aku dah bekerja nak atau tak aku perlu ambil juga ....Jadi dengan adanya ruang dan peluang yang ada aku gagahkan diri juga untuk daftar lesen memandu motorsikal B2.

Bermula la kisah hari pertama aku daftar lesen di Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL,Setapak)... masa tu aku hanya perlu bawa duit keseluruhan B2 (boleh bayar secara ansuran) dan kat pengenalan original sahaja. Cuma kesilapan aku pakaian sahaja dimana pelajar yang ingin datang kesini perlu memakai baju berkolar bagi lelaki.




Ahad, 26 November 2017

PESAN NENEK


Syukur alhamdulillah aku masih ada nenek. 

Cuma aku nak kongsi disini ...ada dua perkara yang aku ingat dari kecil sehingga kini. Dulu masa aku kecil, nenek suka belikan nasi untuk kami cucu-cucunya makan. Dan perkara yang aku tak boleh lupa nenek beli nasi lauk ikan (ikan goreng dihancurkan/diremas terlebih dahulu) bagi mengelakkan termakan tulang ikan. 

Apabila nenek dah siapkan. Sebelum makan semestinya disuruh basuh tangan..nenek paling patang kalau basuh kedua-dua tangan, bagi nenek cukup satu iaitu tangan kanan .... la ni sampai sekarang aku ingat nenek punya teguran...

Yang kedua pula nenek pernah pesan dekat aku dan menjadi peringatan untuk diri aku sentiasa 
 nenek kata "jangan berhutang ya nak" kalau berhutang sekalipun cepat-cepat bayar...nenek takut jikalau berhutang... lambat bayar dipukul orang.

Aku berasa beryukur ada nenek seperti beliau. Seorang yang amat mengambil berat kepada anak-anaknya mahupun cucunya...

terima kasih nenek....Sayang nenek :)

Khamis, 16 November 2017

PENGALAMAN MENGHADIRI TEMUDUGA DI PKB

Untuk maklumat semua kali pertama aku pergi temuduga di Perbadanan Kampong Bharu aku tidak berjaya. Walaupun sedih pada awalnya sebab tak berjaya...akhirnya aku dapat melupakan biarpun sudah buat yang terbaik mungkin belum rezeki aku lagi.


Beberapa bulan kemudian aku perasan lagi ada jawatan kosong di Perbadanan Kampong Bharu...bila dapat tahu aku terus mohon..alhamdulillah 2 minggu kemudian aku dihubungi dan layak untuk menghadiri temuduga...Ya Allah aku memang berminat sangat jika diterima berkerja disitu... aku ada housemate yang kerja kerajaan nama dia Asyraf aku panggil dia abang acap dialah yang bagitahu aku beberapa tips untuk hadir temu duga ni dia nasihat kat aku kalau boleh bila menjawab soalan matikan atau selitkan ayat bila menjawab dengan adanya Tuan , Puan. Supaya penemuduga nampak kita bersama beliau dan menghormatinya:

Contoh

Soalan: *Sekirannya kamu diterima bekerja di PKB berapa gaji yang kamu minta?*

Jawab : *Seingat saya gaji yang diiklankkan oleh pihak Tuan,Puan tawarkan ialah RM1500 Tuan...Puan.* (lepas jawab senyum)

Selain itu juga aku cari maklumat berkaitan PKB dan Skop Tugas yang dipohon lalu aku tengok juga video-video berkaitan temuduga di youtube (maukerja).Antara soalan yang aku tak sangka akan ditanya ialah :

Soalan : Saya pasti Encik dah tahu tentang logo PKB boleh Encik terangkan logo syarikat lama Encik berserta maksud di logo tersebut.

Aku pun tak berapa pasti jadi aku pun jawablah : Tuan...Puan maaf saya tak  ingat. (Jujur saja daripada main hentam atau bajet tahu).

Alhamdulillah selesai juga temuduga masa itu dah la ada empat orang penemuduga. Tapi hati aku rasa risau tau.. mungkin aku tak berjaya (sangka aku). Apapun aku cuba positif diri dan sentiasa doakan yang terbaik untuk diri aku. Selepas hari temuduga, minggu hadapannya pula aku telah menerima panggilan oleh Pegawai PKB yang mana ia memaklumkan bahawa aku telah berjaya dalam temuduga dan boleh hadir bekerja seperti yang ditetapkan. Ya Allah aku rasa bersyukur sangat....apapun aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada yang menerima aku bekerja dan orang - orang mendoakan diri ini. Alhamdulillah

Rabu, 8 November 2017

PENGALAMAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI


Assalamualaikum,


Teringin rasanya nak kongsikan pengalaman menjalani latihan industri di PUSAT WAKAF MAIWP biarpun sudah 2 bulan berlalu. Ceritanya bermula bila aku nak apply untuk LI. Agak sukar juga bila nak tunggu permohonan LI ini jadi kena bersabar….syukur alhamdulillah biarpun last minit akhirnya aku diterima untuk menjalani LI . Pertama sekali aku nak ucapkan syukur alhamdulillah kepada Allah sebab perkenankan doa aku untuk menjalani latihan industry disini dan juga terima kasih kepada pergawai yang menerima dan mengurus permohonan aku untuk menjalani LI.

Tempat intern aku dibagunan Menara Imarah Wakaf atau lebih dikenali sebagai Menara Bank Islam tingkat 34, tingkat pejabat yang tertinggi dalam bangunan ini. Seronok sangat bila diterima disini mana taknya kawan-kawan saya sama kos diterima juga menjalani LI disini iaitu Shahira,Manisya dan Shahida. Hari pertama menjalani latihan industri kami sama-sama pakat untuk naik ke tingkat 34 macam biasalah kena lapor diri pukul 8:30 pagi. Awalnya kami tiada dikhususkan bahagian kerja…minggu ke minggu baru Nampak bahagian kerja yang mana saya lebih menguruskan pengurusan projek , kewangan dan pentadbiran.

Tugasan saya melancarkan pengurusan projek dan pentadbiran. saya perlu menghubungi ,membuat surat dan email kepada pihak yang berkaitan. Lain - lain tugasan kewangan menggunakan Microsoft excel Mengisi maklumat kedalam akaun wakaf tunai dan buku tunai. Dan setiap hari jumaat pukul 12 tengah hari hingga 2:30 saya dan kakitangan menjaga kaunter wakaf di masjid - masjid sekitar Kuala Lumpur.

Selama empat bulan saya menjalani latihan industri. Memang saya berpuas hati walaupun kadang-kadang banyak kerja tapi sebab seronok banyak kerja pun jadi best.  Akhir sekali saya sangat beryukur dan berterima kasih kepada penyelia saya En Asyraff dan Encik Effendi tidak lupa juga Kepada Cik Fatin Amira, Cik Zarina, En Hafiy serta rakan-rakan saya yang turut membantu Shahira,Manisya dan Shahida.

Cuma nak ingatkan kepada yang bakal menjalani latihan industri jangan lupa....
  • Niat utama adalah untuk belajar 
  • Bertanyalah sekiranya tidak tahu
  • Tunjukan contoh yang baik dan ikutlah peraturan yang telah ditetapkan,



                                 

Jumaat, 3 November 2017

BLOG AKU



Assalamualaikum dan terima kasih terlebih dahulu kepada semua yang sudi datang ke blog saya nama diberi Muhammad Roni Bin Dendi Zulfikar. Tujuan blog ini dibuat sekadar perkongsian kenangan saya sahaja untuk pembaca semua.

> RAMAI SUKA BACA