Untuk maklumat semua kali pertama aku pergi temuduga di Perbadanan Kampong Bharu aku tidak berjaya. Walaupun sedih pada awalnya sebab tak berjaya...akhirnya aku dapat melupakan biarpun sudah buat yang terbaik mungkin belum rezeki aku lagi.

Beberapa bulan kemudian aku perasan lagi ada jawatan kosong di Perbadanan Kampong Bharu...bila dapat tahu aku terus mohon..alhamdulillah 2 minggu kemudian aku dihubungi dan layak untuk menghadiri temuduga...Ya Allah aku memang berminat sangat jika diterima berkerja disitu... aku ada housemate yang kerja kerajaan nama dia Asyraf aku panggil dia abang acap dialah yang bagitahu aku beberapa tips untuk hadir temu duga ni dia nasihat kat aku kalau boleh bila menjawab soalan matikan atau selitkan ayat bila menjawab dengan adanya Tuan , Puan. Supaya penemuduga nampak kita bersama beliau dan menghormatinya:
Contoh
Soalan: *Sekirannya kamu diterima bekerja di PKB berapa gaji yang kamu minta?*
Jawab : *Seingat saya gaji yang diiklankkan oleh pihak Tuan,Puan tawarkan ialah RM1500 Tuan...Puan.* (lepas jawab senyum)
Selain itu juga aku cari maklumat berkaitan PKB dan Skop Tugas yang dipohon lalu aku tengok juga video-video berkaitan temuduga di youtube (maukerja).Antara soalan yang aku tak sangka akan ditanya ialah :
Soalan : Saya pasti Encik dah tahu tentang logo PKB boleh Encik terangkan logo syarikat lama Encik berserta maksud di logo tersebut.
Aku pun tak berapa pasti jadi aku pun jawablah : Tuan...Puan maaf saya tak ingat. (Jujur saja daripada main hentam atau bajet tahu).
Alhamdulillah selesai juga temuduga masa itu dah la ada empat orang penemuduga. Tapi hati aku rasa risau tau.. mungkin aku tak berjaya (sangka aku). Apapun aku cuba positif diri dan sentiasa doakan yang terbaik untuk diri aku. Selepas hari temuduga, minggu hadapannya pula aku telah menerima panggilan oleh Pegawai PKB yang mana ia memaklumkan bahawa aku telah berjaya dalam temuduga dan boleh hadir bekerja seperti yang ditetapkan. Ya Allah aku rasa bersyukur sangat....apapun aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada yang menerima aku bekerja dan orang - orang mendoakan diri ini. Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan