Assalamualaikum
Kali ni aku nak share kat korang pengalaman aku ambil lesen motosikal B2. Sepertimana yang kita semua sedia maklum umur 16 tahun keatas dah boleh buat lesen kenderaan. Kini umur aku dah 20 tahun jarak jauh gak baru nak start disebabkan beberapa faktor yang aku utamakan terlebih dahulu. Mana taknya tamat sahaja tingkatan 5 aku terus apply kerja kat supermarket selama 3 bulan lepas tu rezeki aku lah dapat panggilan untuk sambung belajar. Masa di IPTS aku tak perlu risau sangat bila nak pergi kelas atau nak balik hostel sebabnya bas dah disediakan untuk kami student. Jadi Alhamdulillah la..Bila sekarang aku dah bekerja nak atau tak aku perlu ambil juga ....Jadi dengan adanya ruang dan peluang yang ada aku gagahkan diri juga untuk daftar lesen memandu motorsikal B2.
Bermula la kisah hari pertama aku daftar lesen di Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL,Setapak)... masa tu aku hanya perlu bawa duit keseluruhan B2 (boleh bayar secara ansuran) dan kat pengenalan original sahaja. Cuma kesilapan aku pakaian sahaja dimana pelajar yang ingin datang kesini perlu memakai baju berkolar bagi lelaki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan